iklan header
Saturday, 22 June 2013
Tajuk : Bengkel Inspirasi Kerongsang Kain Perca
i. Bengkel ini diadakan selama 1 jam setengah dari jam 11.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari dan disertai oleh golongan dewasa terutamanya wanita sahaja.
ii. Para peserta diberitahu 5 hari sebelum bermulanya bengkel yang diadakan di PSR Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.
iii. Pada 15 minit pertama, para peserta diberi taklimat ringkas tentang tujuan dan objektif kelas ini dijalankan.
iv. Kemudian peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis kerongsang kain yang dibuat dari kain perca.
v. Peserta juga diberi penerangan tentang teknik-teknik untuk membuat jahitan kerongsang kain perca dan bahan-bahan untuk jahitan diedarkan kepada para peserta.
vi. Kemudian peserta dikehendaki membuka laman web mengikut alamat laman web yang diberi, iaitu http://octavianinurhasanah.net sebagai rujukan semasa proses membuat kerongsang kain.
vii. Peserta diberi masa sehingga 40 minit untuk membuat kerongsang tersebut.
viii.Hasilnya setiap peserta dapat menyiapkan dua kerongsang untuk setiap seorang.
ix. Program ini memberi manfaat kepada peserta khusus dalam mencari bahan-bahan
melalui internet seterusnya mempelajari teknik-teknik untuk membuat kerongsang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment