iklan header

SELAMAT DATANG KE LAMAN RASMI PUSAT SIBER RAKYAT PERPUSTAKAAN PEKAN HULU BERNAM.... Sepanjang minggu ini kami akan beroperasi selama enam hari dari Isnin hingga Sabtu (21hb-26hb Oktober 2013), dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang

Tuesday, 25 June 2013

Kelas Pemantapan Persembahan (Power Point)



i. Bengkel ini diadakan selama 2 jam setengah bermula dari jam 3.00 petang hingga jam 5.30 petangi dan disertai oleh golongan pelajar sekolah rendah.
ii. Para peserta diberitahu 3 hari sebelum bermulanya bengkel yang diadakan di PSR Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.
iii. Pada 15 minit pertama, para peserta diberi taklimat ringkas tentang tujuan dan objektif kelas ini dijalankan.
iv. Kemudian peserta diberi taklimat ringkas tentang asas persembahan menggunakan aplikasi MS Power Point. Para peserta juga diminta untuk membuat latihan menggunakan aplikasi ini.
v. Kemudian, peserta diberi penerangan tentang kaedh untuk mencari bahan di internet dan juga cara-cara untuk menyimpan dan menyusun bahan-bahan yang dicari ke dalam fail dengan kemas. Antara bahan yang di cari adalah gambar dan artikel-artikel.
vi. Setelah selesai, peserta diberi tugasan untuk membuat persembahan menggunakan aplikasi Power Point dengan tajuk “Kekejaman di Palestin, Keamanan di Malaysia” Mereka diminta untuk menggunakan teknik-teknik yang telah diajar  pada awal program
vii. Peserta diberi masa sehingga 40 minit untuk menyiapkan bahan persembahan tersebut.
viii.Hasil daripada setiap peserta dipamerkan di hadapan dan sesi perbincangan pendapat dijalankan.
ix. Pada akhir program ini, para peserta dapat memahami cara untuk menggunakan MS Power Point dan peserta juga sedar akan tugas sebagai rakyat Malaysia untuk menghargai keamanan hidup di Malaysia.





Saturday, 22 June 2013

Tajuk : Bengkel Aplikasi Internet dan Enjin Carian (www.google.com)






i. Bengkel ini diadakan selama 1 jam bermula dari jam 10.00 pagi hingga jam 11.00 pagi dan disertai oleh golongan dewasa terutamanya wanita sahaja.
ii. Para peserta diberitahu 5 hari sebelum bermulanya bengkel yang diadakan di PSR Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.
iii. Pada 15 minit pertama, para peserta diperkenalkan dengan perkakasan asas komputer dan peserta diminta untuk menggunakan perkakasan komputer.
iv. Kemudian peserta diberi taklimat ringkas mengenai aplikasi internet iaitu Internet Explorer dan juga taklimat tentang enjin carian internet iaitu laman web www.google.com
v. Setelah selesai memberi penerangan, peserta diminta untuk mengakses internet menggunakan aplikasi tadi.
vi. Program kali ini, para peserta diminta untuk mencari gambar yang mereka suka yang bertemakan hobi masing-masing.
vii. Peserta diminta untuk menyimpan maklumat yang ditemui dan menyimpan 5 jenis gambar yang mereka pilih.
viii.Setelah selesai, peserta diminta untuk memberi penerangan semula akan kaedah untuk mencari bahan dalam internet.
ix. Program ini memberi manfaat kepada peserta khusus dalam mencari bahan-bahan
melalui enjin carian di internet.



Tajuk : Bengkel Inspirasi Kerongsang Kain Perca



i. Bengkel ini diadakan selama 1 jam setengah dari jam 11.00 pagi hingga jam 12.30 tengahari dan disertai oleh golongan dewasa terutamanya wanita sahaja.
ii. Para peserta diberitahu 5 hari sebelum bermulanya bengkel yang diadakan di PSR Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.
iii. Pada 15 minit pertama, para peserta diberi taklimat ringkas tentang tujuan dan objektif  kelas ini dijalankan.
iv. Kemudian peserta diperkenalkan dengan jenis-jenis kerongsang kain yang dibuat dari kain perca.
v. Peserta juga diberi penerangan tentang teknik-teknik untuk membuat jahitan kerongsang kain perca dan bahan-bahan untuk jahitan diedarkan kepada para peserta.
vi. Kemudian peserta dikehendaki membuka laman web mengikut alamat laman web yang diberi, iaitu http://octavianinurhasanah.net sebagai rujukan semasa proses membuat kerongsang kain.
vii. Peserta diberi masa sehingga 40 minit untuk membuat kerongsang tersebut.
viii.Hasilnya setiap peserta dapat menyiapkan dua kerongsang untuk setiap seorang.
ix. Program ini memberi manfaat kepada peserta khusus dalam mencari bahan-bahan
melalui internet seterusnya mempelajari teknik-teknik untuk membuat kerongsang.





Thursday, 20 June 2013

APA ITU PSR...????

PSR...PSR..PSR...
Hmm.. mungkin ramai yang masih tidak "familiar" dengan 3 huruf ini kan..??
Jom kita tengok serba sedikit tentang PSR.

PSR adalah singkatan yang diberikan untuk Pusat Siber Rakyat di mana Ia merupakan sebuah projek khas Kerajaan Negeri Selangor melalui Program "Mesra Rakyat".
Ia dapat mewujudkan hubungan dua hala yang lebih baik antara warga Selangor dengan pihak Kerajaan Negeri..

Wednesday, 19 June 2013

Selamat Datang Ke Blog Rasmi Pusat Siber Rakyat (Hulu Bernam)


Assalamualaikum...dan... Salam sejahtera

Terima Kasih diucapkan kepada anda semua kerana sudi melayari blog Pusat Siber Rakyat (PSR) Perpustakaan Pekan Hulu Bernam.

Melalui laman ini anda akan diberi lebih penjelasan tentang perkhidmatan di Pusat Siber Rakyat (PSR) serta anda boleh mengetahui pelbagai aktiviti menarik yang dijalankan di PSR dan Perpustakaan Pekan Hulu Bernam

Laman ini juga akan mempamerkan pelbagai info-info baru yang berkaitan PSR serta info-info tentang komuniti setempat yang merangkumi aktiviti masyarakat sekitar Hulu Bernam.

Pusat Siber Rakyat atau lebih dikenali sebagai PSR adalah sebuah tempat yang memberi perkhidmatan komputer dan internet kepada semua komuniti terutamanya rakyat Negeri Selangor. Pusat ini telah ditubuhkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) melalui Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS).